Konsep Asas Pengajaran
Pengajaran : Satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
- Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudah cara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi yang optimum
Prinsip-Prinsip Pembelajaran
Lapan prinsip yang diadaptasi daripada model Ewell (1997) :
1. Penglibatan aktif
2. Perkaitan dan corak/Konstruktivisme
3. Pembelajaran informal
4. Pengalaman langsung
5. Situasi mendesak (Compelling situation)
6. Maklum balas berterusan
7. Suasana yang menyeronokkan
8. Refleksi
1. Penglibatan aktif
Merupakan keadaan di mana pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran serta dapat mengigat kembali maklumat dengan berkesan.
Contoh aktiviti pembelajaran aktif terdiri daripada :
a) Perbincangan secara kelas atau secara online
b) Pembelajaran koperatif : contohnya think-pair-share iaitu pelajar mengambil masa untuk mengigati pelajaran lepas dan berbincang dengan rakan sebaya. Kemudian mereka berkongsi pengalaman dan idea dengan kelas sebagai perbincangan formal. Guru berperanan menerangkan kekeliruan yang wujud.
c) Latihan bertulis : contohnya one minute paper untuk pelajar meninjau dan membuat review bahan pembelajaran.
d)
Aktiviti mengkaji proses semula jadi dalam ekosistem serta membina model-model proses semula jadi.
2. Perkaitan dan corak
3. Pembelajaran Informal
Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah ataupun dalam waktu pengajaran. Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak formal dan boleh dipelajari di mana-mana sahaja serta pada bila-bila masa.
Pembelajaran langsung bergantung kepada proses pelajar membina makna berdasarkan pengalamannya
Contoh :
5. Situasi mendesak
Situasi yang kompleks dan mendesak akan dapat memotivasikan pelajar untuk mencari penyelesaian
Antara cara guru boleh mewujudkan situasi mendesak ialah :
a) Menyediakan standard tinggi terhadap tingkah laku pelajar di dalam atau di luar bilik darjah.
b) Memberi pelajar tanggungjawab yang lebih dalam kepimpinan
c) Mewujudkan jadual dan persekitaran yang menggalakkan aktiviti secara intensif.
d)
Menyediakan pembelajaran secara kontekstual
6. Maklum Balas Berterusan
Maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan serta responds mereka.
· Pelajar dapat menyemak kesesuaian prestasi serta memantau kemajuan pembelajaran
· Maklum balas positif untuk : memberikan maklumat kpd pelajar tentang aspek pembelajaran atau perlakuan yg sesuai.
· Maklum balas negatif untuk : memaklumkan perlakuan yang salah
· Maklum balas berkesan ialah maklum balas berdasarkan analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dalam situasi pembelajaran
Menurut Ewell (1997) suasana yang menyeronokkan ialah : interaksi peibadi dan sokongan padu daripada guru secara peribadi.
· Persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi suara guru, gaya kepimpinan, guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan ganjaran di dalam bilik darjah.
8. Refleksi
· Proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman dan impilikasinya terhadap diri kita
- Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberikan hala tuju tentang apa yang telah dicapai dan apa yang perlu ditambah baik.
No comments:
Post a Comment